Pages

Tuesday 6 October 2009

Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal

Sabda Rasulullah SAW:

 من صام رمضان ثم أتبعه ستًّا من شوال كان كصيام الدهر

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan,kemudian diikuti 6 hari berpuasa di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun.
(Soheh Muslim)


Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sunat yang ganjaran pahalanya amat besar. Dengan berpuasa Ramadhan dan puasa 6 hari di bulan Syawal, seseorang itu diberi ganjaran pahalaberpuasa selama setahun.Terdapat beberapakemusykilan yang sering dilontarkan berhubung dengan puasa 6 haridi bulan Syawal ini:


1) Apakah ia boleh dilakukan tidak berturut-turut?


Syeikh Ibn Uthaimin menyebutkan dalam fatwanya bahawa puasa 6 hari di bulan Syawal boleh dilakukan di awal bulan, pertengahan atau penghujungnya.Ia juga boleh dilakukan secara berturut-turut atau becerai. Ia tidak menjadi masalah. Ia adalah puasa sunat. Jika segera dilakukan diawal bulan, dan dilakukan berturutt adalah lebih afdhal kerana bersegera kepada amal yang baik adalah amat digalakkan.

Berdasarkan hadis yang menyebutkan sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan, sama ada kerana uzur atau tidak, tidak termasuk dalam makna hadis ini. Hadis ini adalah bagi mereka yang telah berpuasa sempurna di bulan Ramadhan. Oleh itu, sesiapa yang ingin fadhilat puasa 6 hari bulan Syawal, hendaklah dia mengqadhakan dahulu puasa Ramadhan yang tertinggal atau ditinggalkannya.
 
2) Bolehkah puasa Ramadhan sebelum mengqadhakan puasa Ramadhan?

Para ulama berselisih pandangan mengenai hal ini. Menurut Syeikh Bin Baz, barangsiapa yang mendahulukan puasa sunat atas puasa Qadha, dia tidak dikatakan mengikuti puasa 6 hari itu dengan puasa Ramadhan, kerana puasa Ramadhannya belum sempurna.  Oleh itu, dia tidakmendapat fadhilat yang dijanjikan. Puasa Qadha adalah fardhu sedangkan puasa 6 hari itu adalah sunnat. Sunat  tidak harus didahulukan daripada fardhu.


Sumber:  Toriqul Islam  , Majdah Maktoob 


3) Bolehkah wanita yang tidak berpuasa dengan sebab Haid mendahulukan puasa sunat 6 hari di atas puasa qadhanya?


Syeikh Soleh Munjid menyatakan,bahawa jika diamahu ganjaran pahala yang dijanjikan dalam hadis, dia hendaklah berpuasa Qadha dahulu. Namun, jika dia mahu berpuasa sunat dahulu,ia adalah harus, tetapi tiada baginya kelebihan yang dijanjikan dalam hadis.

Sumber: Islamqa