Pages

Friday 11 September 2009

QUNUT SOLAT WITIR NISFU THANI RAMADHAN

Para ulama berselisih pandangan tentang hukum Qunut dalam solat witir pada separuh kedua bulan Ramadhan, apakah ia disyariatkan atau tidak. Terdapat dua pandangan ulama mengenai perkara tersebut:

Jumhur: Ia adalah disyariatkan
Maliki : Ia tidak disyariatkan.

Pendapat Jumhur yang mengatakan ia disyariatkan itu berbeza pula dari segi hukumnya, waktu dan tempatnya.

Dari segi hukumnya, terdapat dua pendapat:

1) Pendapat Abu Hanifah: Hukumnya wajib
2) Pendapat Syafie dan Hambali: Hukumnya sunat.

Dari segi waktunya, terdapat tiga pendapat:

1) Pendapat Hanafi, Hambali dan satu pandangan dari Syafie: Waktunya sepanjang tahun.
2) Satu pandangan daripada syafie: Ia khusus bagi bulan Ramadhan sahaja.
3) Pendapat Imam Syafie dan satu pandangan dari Hambali: ia khusus untuk separuh kedua bulan Ramadhan sahaja.

Rujuk: dahsya



Thursday 10 September 2009

TARBIAH GENERASI

1) Memilih isteri atau suami yang baik
2) Sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang soleh sebelum dikurniakan anak.
3) Mengamalkan doa sewaktu jimak.
4) Melakukan perkara-perkara sunnah ke atas anak yang baru lahir iaitu: Azan di telinganya, tahnik,cukur kepala,pilih nama yang baik, aqiqah dan khitan.
5) Sentiasa berdoa untuk anak yang sudah lahir agar menjadi soleh.
6) Jangan takut-takutkan anak dengan hantu, kegelapan dan pantang larang terutama sewaktu dia menangis.
7) Biarkan dia bergaul jika merasa aman dengan pergaulan itu.
8) Jangan menghina dan merendah-rendahkannya terutama di depan kawan-kawan dan kaum kerabat.
9) Jangan memanggilnya dengan gelaran yang buruk seperti "Hai bahlul".
10)Memperingatkannya atas kesalahannya dengan lemah lembut dan tidak menghukumnya bagi kesalahan kali pertama.
11) Bersederhana dalam menunjukkan kasih sayang kerana kasih sayang berlebihan akan merosakkannya.
12) Melakukan langkah-langhkah kawalan ketika dapat anak baru agar anak lama tidak terasa diabaikan.

Lanjutkan bacaan atas langkah-langkah seterusnya sehingga langkah ke 60 di Saidul Fawaid

HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Para ulama Islam telah sepakat mengatakan Al-Quran telah diturunkan secara beransur-ansur. Tempoh diturunkan Al-Quran memakan masa selama lebih 20 tahun. Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur kepada nabi Muhammad SAW mengandungi rahsia dan hikmah yang tersendiri iaitu:

1) Untuk menetapkan hati nabi SAW.

Rasulullah menghadapi tekanan dan penentangan yang berturut-turut sepanjang tugasnya. Justeru, penurunan Al-Quran dari semasa ke semasa dapat memberikan baginda semangat dan dengan itu akan tetaplah hati Rasulullah dalam mengahadapi segala cabaran dalam dakwahnya. Firman Allah SWT:

كذلك لنثبت به فؤادك ورتلناه ترتيلا

"Demikianlah (Kami turunkan Al-Quran)supaya kami menetapkan hatimu( wahai Muhammad) dan kami bacakannya secara tartil".
(Surah Al-Furqan: Ayat 32)

2) Menjawab cabaran dan mengalahkan orang-orang kafir.

Golongan musyrikin sentiasa mencabar nabi dengan pelbagai hujah. Oleh itu, Allah menurunkan Al-Quran bagi menjawab hujah-hujah golongan musyrikin.

3) Supaya mudah dingati

Al-Quran diturunkan kepada nabi yang ummi dan ummat yang ummi. Masyarakat pada masa itu bergantung kepada hafalan. Dengan turunnya al-Quran berdikit-dikit, dapatlah dihafal dengan mudah. Diriwayatkan bahawa Umar Al-Khattab telah berkata:

تعلموا القرآن خمس آيات خمس آيات فإن جبريل كان ينزل بالقرآن على النبى صلى الله عليه وسلم خمسا خمسا


"Belajarlah Al-Quran lima ayat demi lima ayat. Maka sesungguhnya Jibrail menurunkan Al-Quran kepada nabi lima ayat demi lima ayat".
(Ditakhrijkan oleh Baihaqi dalam cabang iman)

4) Beransur-ansur dalam pemsyariatan

Bukanlah mudah bagi manusia untuk meninggalkan adat kebiasaan. Demikianlah bangsa Arab, mereka telah sebati dengan pelbagai adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti menanam anak perempuan yang baru lahir hidup-hidup, minum arak, mengharamkan wanita mewarisi harta dan sebagainya. Oleh itu, Al-Quran diturunkan beransur-ansur agar tidak berat bagi mereka meninggalkan adat kebiasaan tersebut.

5) Mengikut kejadian dan peristiwa.

Al-Quran diturunkan sebagai respon kepada peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam masyarakat. Peristiwa-peristiwa itu berlaku dalam tempoh yang tidak sama dan kerana itu Al-Quran diturunkan sesuai dengan peristiwa tersebut.

6) Sebagai dalil muktamad bahawa Al-Quran adalah daripada Allah SWT.

Al-Quran itu adalah datang daripada Allah SWT dan bukan rekaan nabi Muhammad. Jika rekaan baginda, baginda tentu menerbitkan sebuah Al-Quran yang lengkap sebagaimana pengarang-pengarang buku hari ini. Dengan cara penurunan al-Quran secara beransur-ansur ini, menjadi dalil yang mematahkan dakwaan orang-orang kafir sama ada pada zaman dahulu maupun zaman kini bahawa Al-Quran adalah rekaan nabi Muhammad.


Tuesday 8 September 2009

QIAMULLAIL DAN TAHAJJUD

Firman Allah SWT:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَاماً مَّحْمُوداً

"Dan daripada malam hendaklah kamu solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu akan mengankatmu ke tempat yang terpuji".
(Al-Israk:79)

Firman Allah lagi:

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفاً وَطَمَعاً وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang kami berikan."

(As-Sajdah:16)

Firman Allah lagi:

كانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

"Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam (kerana beribadat)">


Faedah Qiamullail:

1) Sebagai satu cara mendapat Redha Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah Taha, ayat 130:

اصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاء اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَى

2) Sebagai satu jalan untuk menetapkan pendirian dan menambah kefahaman sebagaimana firman Allah dalam al-Muzammil ayat 6:

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْءاً وَأَقْوَمُ قِيلاً

3) Qiamullail adalah amalan orang-orang soleh terdahulu sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

عليكم بقيام اللّيل فإنّه دأب الصالحين قبلكم


4) Dianugerahkan hati yang tidak lalai, sentiasa patuh kepada Allah dan mendapat ganjaran seluas langit dan bumi sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis Saheh:

من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين، ومن قام بمائة آية كتب من القانتين، ومن قام بألف آية كتب من المقنطرين -والقنطار ألف ومائتا أوقية- والأوقية خير مما بين السماء والأرض


Berkata Yahya bin Muaz: Penawar bagi hati itu lima perkara:Membaca al-Quran sambil bertafakkur, mengosongkan perut, qiamullail, merendah diri sewaktu bangun waktu sahur dan duduk dalam majlis orang-orang soleh".


5) Quamullail membina hubungan dengan Allah dan jalan taqarrub kepadaNya.

6) Qiamullail mencegah dari dosa.

7) Qiamullail menjadi kifarat kepada kejahatan.

8) Qiamullail menjauhkan penyakit dari jasad.

9) Qiamullail adalah kemuliaan orang beriman.

10) Qiamullail membentuk jiwa yang baik.

11) Orang yang berqiamullail adalah orang yang sedang berkhalwat dengan Tuhannya dan oleh itu akan diberikan cahayaNya.

12) Qiamullail menpercepatkan makbul doa.

13) Qiamullail menjemput rahmat Allah SWT.

14) Allah memujinya di kalangan malaikat sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis hasan:

الرجل من أمتي يقوم من اللّيل يعالج نفسه إلى الطهور، وعليه عقد، فإذا وضأ يديه انحلت عقدة، وضأ رجله انحلت عقدة، وإذا مسح رأسه انحلت عقدة، وإذا وضأ رجليه انحلت عقدة، فيقول الله عز وجل للذين وراء الحجاب: انظروا إلى عبدي هذا يعالج نفسه ويسألني، ما سألني عبدي فهو له

15) Qiamullail salah sebab mendapat kematian husnul khatimah.


Rujuk selanjutnya di: Tariqul Islam