Pages

Friday 20 May 2011

Sayyiatul Jariah

Manusia, dilihat daripada kelangsungan amal baik dan jahat di dunia selepas matinya, boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a) Seorang yang mati dan terputuslah amal baik dan jahatnya. Apa yang pernah dilakukan di masa hidupnya, hanya itulah habuannya sesudah mati.

b) Seorang yang mati tetapi amal baik dan jahatnya tidak mati bersamanya.Golongan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i) Seorang yang mati, amal jahat dan baiknya berterusan  di dunia.Maka tergantunglah mana yang lebih banyak memberinya saham sesudah matinya.

ii) Seorang yang mati, amal jahatnya terhenti tetapi amal baiknya berterusan. Dia mendapat ganjarannya dalam qubur.Alangkah beruntung orang ini.

ii)Seorang yang mati, amal baiknya terputus tetapi amal jahatnya berterusan. Dalam kubur dia mendapat akibatnya dan dosanya kian bertambah sehari demi sehari. Alangkah ruginya orang ini!
Amal jahat yang berterusan sesudah mati disebut sebagai "sayyiatul jariah". Berkata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin: 


طوبى لمن إذا مات ماتت معه ذنوبه، والويل الطويل لمن يموت وتبقى ذنوبه مائة سنة ومائتي سنة أو أكثر يعذب بها في قبره ويسئل عنها إلى آخر انقراضها

Dalam Al-Quran juga Allah memperingatkan mengenai kewujudan kejahatan berterusan ini.Firman Allah SWT:
لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلا سَاءَ مَا يَزِرُونَ 
(Surah An-Nahlu: Ayat 25)
Bersabda nabi SAW:
مَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

(Hadis Riwayat Muslim)


Rujukan: Al-Meshkat

Saturday 7 May 2011

IBN SOYYAD

Disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW mengenai Ibn Soyyad:

حَدَّثَنَا عَبْدَانُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ عَنْ يُونُسَ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ عُمَرَ انْطَلَقَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَهْطٍ قِبَلَ ابْنِ صَيَّادٍ حَتَّى وَجَدُوهُ يَلْعَبُ مَعَ الصِّبْيَانِ عِنْدَ أُطُمِ بَنِي مَغَالَةَ وَقَدْ قَارَبَ ابْنُ صَيَّادٍ الْحُلُمَ فَلَمْ يَشْعُرْ حَتَّى ضَرَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ ثُمَّ قَالَ لابْنِ صَيَّادٍ تَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَنَظَرَ إِلَيْهِ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ الأُمِّيِّينَ فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَرَفَضَهُ وَقَالَ آمَنْتُ بِاللَّهِ وَبِرُسُلِهِ فَقَالَ لَهُ مَاذَا تَرَى قَالَ ابْنُ صَيَّادٍ يَأْتِينِي صَادِقٌ وَكَاذِبٌ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُلِّطَ عَلَيْكَ الأَمْرُ ثُمَّ قَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي قَدْ خَبَأْتُ لَكَ خَبِيئًا فَقَالَ ابْنُ صَيَّادٍ هُوَ الدُّخُّ فَقَالَ اخْسَأْ فَلَنْ تَعْدُوَ قَدْرَكَ فَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَعْنِي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَضْرِبْ عُنُقَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ يَكُنْهُ فَلَنْ تُسَلَّطَ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَكُنْهُ فَلا خَيْرَ لَكَ فِي قَتْلِهِ وَقَالَ سَالِمٌ سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ انْطَلَقَ بَعْدَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ إِلَى النَّخْلِ الَّتِي فِيهَا ابْنُ صَيَّادٍ وَهُوَ يَخْتِلُ أَنْ يَسْمَعَ مِنْ ابْنِ صَيَّادٍ شَيْئًا قَبْلَ أَنْ يَرَاهُ ابْنُ صَيَّادٍ فَرَآهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُضْطَجِعٌ يَعْنِي فِي قَطِيفَةٍ لَهُ فِيهَا رَمْزَةٌ أَوْ زَمْرَةٌ فَرَأَتْ أمُّ ابْنِ صَيّادٍ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَتَّقِي بِجُذُوعِ النَّخْلِ فَقَالَتْ لابْنِ صَيَّادٍ يَا صَافِ وَهُوَ اسْمُ ابْنِ صَيَّادٍ هَذَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَثَارَ ابْنُ صَيَّادٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكَتْهُ بَيَّنَ .
رواه البخاري  


Imam Muslim meriwayatkan dalam sahehnya bahawa Muhammad Ibn Al-Munkadar telah berkata:"Aku melihat Jabir bin Abdullah bersumpah bahawa Ibn Soyyad adalah dajjal." Aku pun berkata kepadanya: "Adakah kamu bersumpah bahawa ia dajal?" Lalu kata Jabir: "Aku melihat Umar Al-Khattab bersumpah bahawa ia dajjal ketika bersama Rasulullah dan baginda tidak mengengkarinya".

Monday 17 January 2011

Orang yang tidak dimaafkan Rasul pada hari Fath Makkah

Disebutkan dalam sebuah hadis marfu' riwayat bapa kepada Mus'ab yang bernama Saad:

"pada hari pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW memberi keamanan kepada semua orang kecuali  empat lelaki dan dua perempuan  dan baginda  memerintahkan agar mereka dibunuh sekalipun bergantung di kelambu kaabah iaitu:
a) Ikrimah bin Abi Jahal
b) Abdullah bin Khatl
c) Miqyas bin Subabah
d) Abdullah bin Saad bin Abi Sarrah.
e)
f)

Siapakah Sahabat

Takrifan terbaik mengenai siapakah sahabat nabi adalah sebagaimana yang diberikan oleh Al-Hafiz Iraqi:




الصحابيُّ مَنْ لقيَ النبيَّ صلى الله عليه وسلم مسلماً ثمَّ ماتَ على الإسلامِ

" Sahabat ialah mereka yang telah berjumpa dengan nabi SAW dan beriman dengannya kemudian mati sebagai orang Islam."

Ini bermakna, siapa yang bertemu dengan nabi SAW dalam keadaan kafir dan tidak beriman dengannya semasa hayat nabi tetapi beriman setelah nabi wafat, dia bukanlah sahabat nabi seperti seorang utusan Kaisar Rom yang datang bertemu nabi. 

Maka demikian juga bagi mereka yang melihat baginda sesudah wafatnya tetapi sebelum dikebumikannya lalu masuk Islam, dia bukanlah sahabat sebagaimana yang berlaku kepada seorang yang bernama Abu Zuaib Khuwailid bin Khalid Al-Hazli

Demikian pula siapa yang bertemu nabi dan masuk Islam tetapi murtad selepas wafatnya nabi SAW, bukanlah sahabat baginda seperti Ibn Khatl