Pages

Monday 19 November 2012

Syarih pertama Bukhari

Siapakah orang pertama yang membuat syarah terhadap Saheh Bukhari?

(Iman Bukhari meninggal pada 256 H)

Orang pertama membuat syarah bagi Saheh Bukhari dikatakan Imam Al-Khitabi ( meninggal tahun 386 H). Ada juga pendapat mengatakan beliau adalah Ahmad Ad-Daudi Al-Jazairi. (Meninggal thun 402H)


Berkata Ad-Daudi:  

Diambil pelajaran dari ayam jantan itu lima perkara: Suaranya yang elok, bangunnya di awal dini, kecemburuannya, muarah hatinya dan banyaknya jimak.

Monday 12 November 2012

Berakhirnya Abbasiah dan bermula Othmaniah

Pada tahun 656 H, Baghdad telah jatuh ke tangan tentera Tatar yang dipimpin oleh Hulagho Khan. Khalifah Abbasiah pada masa itu, Abu Ahmad Al-Mu'tasim Billah Abdullah bin Mansur Al-Mustansir (1213-1258) telah dibunuh tetapi ada kalangan keluarganya dapat melarikan diri dan bersembunyi di dlam kerajaan Malalik di Mesir. Demi mendapat nama hebat Abbasiah, maka kerajaan Mamalik menjadikan keturunan Abbasiah tersebut sebagai boneka. Orang akan terus beranggapan bahawa khilafah Abbasiah masih terus berdiri di Mesir dengan adalanya keturunan khalifah Abbasiah di sana. Namun, sebenarnya, yang memerintah adalah raja-raja Mamalik.

Hinggalah tahun 924 H bersamaan 1518 H kerajaan Mamalik di Mesir telah diserang dan dikalahkan oleh Sultan Salim 1 dari kerajaan Othmaniah yang mula mengasaskan kekhalifahan Islam di Turki.  Ketika mahu kembali semula ke Turki, Sultan Salim 1 membawa bersamanya khalifah Al-Mutawakkil 'Alallah III dan di sana panji kekhalifahan Islam diserahkan kepada Sultan Salim 1. 

Ini bererti, berpindahlah kekhalifahan Islam dari Abbasiah kepada Othmaniah. Itu terjadi pada tahun 925H

Rujukan:

Hadielislam.com


Saturday 10 November 2012

زغلول راغب محمد النجار عالم في علوم الأرض