KLIK LINK DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD PELBAGAI KITAB:
https://foulabook.com/ar/books/%D8%B9%D9%84%D9%88%D9%85-%D8%A5%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85%D9%8A%D8%A9
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD PELBAGAI KITAB:
https://foulabook.com/ar/books/%D8%B9%D9%84%D9%88%D9%85-%D8%A5%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85%D9%8A%D8%A9
Namanya adalah Tsabit bin Jabir Al-Fahmi. Beliau meninggal pada tahun 530M. Belua merupakan seorang penyair Arab Jahiliyyah yang digolong dalam kelompok buangan kabilahnya (Mereka digelar So'alik). Oleh kerana itu mereka tinggal di kawasan badwi dan tidak menghuni kampung kabilah mereka.
Antara contoh nama penyair yang berada dalam kelompok So'alik adalah Urwah bin Al-Wardi Al-Abasi.
Gelaran Ta abbata Syarran diberikan kepadanya kerana setiap kali keluar berperang, dia menyelitkan pedangnya di bawah ketikanya. daripada perkataan ibunya mengenainya gayanya itu...Ta abbata Syarran...dia pun digelar dengan panggilan itu. Ada riwayat lain menyebutkan bahawa ia berkaitab peristiwa dia membawa skarung ular kepada ibunya. Ibunya menempelaknya kerana tidak memberikan sesuatu kepadanya sepertimana pemuda-pemuda lain dalam kampung. Itu sebabnya dibawanya sekarung ular. Apabila ibunya ceritakan mengenainya kepada teman-temannya, mereka bertanya: bagaimana dia membawa ular itu kepadamu? Ibunya berkata: Dia mengepitnya di bawah ketiaknya! dari situ dia dapat gelaran Ta abbata Syarran.
Pandangan yang menyatakan neraka itu musnah adalah pandangan marjuh. Pandangan rajih adalah pandangan Jumhur Ulama, bahawa neraka itu abadi. Adapun pandangan Ibn Qayyim dalam kitabnya Hadil Arwah itu adalah pandangannya yang pertama. Ia adalah marjuh. Pandangan Ibn Qayyim yang berikutnya adalah menyatakan keabadian neraka, seperti dalam kitabnya Al-Wabil As-Soyyib.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Ibn Qayyim telah mengemukan hujah-hujah bagi pandnagan yang mengatakan neraka itu musnah dalam kitabnya Hadil Arwah dan Syifaul 'alil. Namun, mengaitkannya dengan pandangan gurunya Ibn Taimiyyah adalah tidak berasas. Sementelahan simber-sumber Ibn Taimiyyah sendiri membuktikan Ibn Taimiyyah berpandangan kebadian neraka.
Mungkin orang menyangka sebagai murid, Ibn Qayyim hanya berpendapat dengan pandangan gurunya. Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi.Itu salah. Berapa banyak murid, dia mengambil jalannya sendiri.
Lagi pula, perlu disebutkan bahawa Ibn Qayyim telah menarik semula pandangannya itu dalam kitabnya yang lain iaitu Al-Wabilus Soyyib.
Ada kalangan ulama yang menyifatkan kata-kata bahawa neraka adalah fana merupakan bid'ah dan pendapat yang mengatakan neraka adalah abadi adalah Ijmak. Namun, Syeikh Soleh Fauzan menolak dakwaan ini, malah katanya ia bukanlah satu Ijmak. Pendapat yang menghujahkan kemusnahan neraka itu berdasarkan dalil-dalil sedangkan bid'ah tidak punya dalil sama sekali. Persoalannya mungkin boleh dikatakan salah dalam menafsirkan dalil, tetapi pandangan itu masih berdalil. Oleh itu ia bukan bid'ah.
Perlu dingatkan, bahawa pendapat yang mengatakan musnahnya syurga dan neraka adalah pendapat ahli bid'ah dari kalangan Jahmiyah dan Muktazilah dan tidak pernah diucapkan oleh mana-mana generasi sahabat, tabiin dan juga imam-imam kaum muslimin.
Ibn Qayyim bukanlah orang yang berpandnagan bahawa neraka itu musnah. Para pembenci Ibn Qayyim
menuduhnya berpandangan neraka itu fana (musnah ) berdasarkan apa yang dicatatkannya dalam "hadil Arwah" dan " Syifaul 'Alil". Mereka tidak baca pula apa yang dituliskan oleh Ibn Qayyim dalam " As-Sowa'iqul Mursalah". Lebih jelas lagi, jika dirujuk dalam kitabnya yang lain, Al-Wabilus Sayyib,beliau mencatakan sebagai berikut:
وأما النار فإنها دار الخبث في الأقوال والأعمال والمآكل والمشارب ودار الخبيثين، فالله تعالى يجمع الخبيث بعضه إلى بعض فيركمه كما يركم الشيء المتراكب بعضه على بعض ثم يجعله في جهنم مع أهله فليس فيها إلا خبيث، ولما كان الناس على ثلاث طبقات: طيب لا يشينه خبث، وخبيث لا طيب فيه، وآخرون فيهم خبث وطيب كانت دورهم ثلاثة: دار الطيب المحض ودار الخبيث المحض، وهاتان الداران لا تفنيان، ودار لمن معه خبث وطيب وهي الدار التي تفنى وهي دار العصاة، فإنه لا يبقى في جهنم من عصاة الموحدين أحد، فإنه إذا عذبوا بقدر جزائهم أخرجوا من النار فأدخلوا الجنة ولا يبقى إلا دار الطيب المحض ودار الخبيث المحض
Jelas dalam kitab ini Ib Qayyim menyatakan tentang keadian syurga dan neraka. Apa yang disifatkannya fana itu adalah neraka buat orang-orang mukmin yang derhaka. Tentulah maksud musnahnya itu adalah tamatnya azab buat mereka setelah mereka bebas daripada neraka itu. Sementara neraka buat orang kafir itu kekal abadi.
Catatan-catatan Ibn Qayyim dalam kitabnya, khasnya dalam "Hadil Arwah" menyebabkan ada yang menuduh bahawa pendangan kemusnahan neraka ini diambil daripada Ibn Tamiyyah. Padahal, Ibn Qayyim menceritakan pandangan tentang kemusnahan neraka itu daripada gurunya Ibn Taimiyyah. Itu bukanlah bermakna apa yang dipegang Ibn Tamiyyah. Dalam sekian banyak pandangan yang disenaraikan oleh Ibn Taimiyyah, salah satunya pandangan tentang kemusnahan neraka.
Biarlah jelas bila menelaah kitab para ulama. Jangan cepat melatah kelak beban yang kita tanggung amatlah besar. Menfitnah ulama tidak sama dosanya dengan menfitnah orang awam!
Amatlah keji cara orang yang menkafirkan Ibn Qayyim ini memetik kalam dan memanipulasikannya. Lihat: Sahnoun