Pages

Monday, 15 July 2013

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT


Banyak sekali dalil Al-Quran maupun hadis yang menisbahkan kafir ke atas orang yang meninggalkan solat. Tidak perlu disebut semuanya. Cukuplah sekadar beberapa dalil yang boleh dijadikan renungan orang yang mahu mengambil iktibar. Orang yang tidak mahu ambil iktibar, dibawa sejuta dalil pun tidak memberi makna juga.

Firman Allah SWT:

ما سلككم في سقر؟ 
قالوا لم نك من المصلين، ولم نك نطعم المسكين، وكنا نخوض مع الخائضين وكنا نكذب بيوم الدين

"Apa yang menyebabkan kalian masuk ke dlaam neraka Saqar? Mereka berkata: Ia adalah lantaran kerana kami tidakl mendirikan solat dna tidka memberi makan kepada orang miskin serta kami hanyut bersama ornag yang hanyut. Kamu juga mendustakan hari kiamat".

(Surah Al-Mudatsir: Ayat 42)

Nabi SAW menyebutkan:

بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة

" Antara seseorang itu dengan kekafiran adalah meninggalkan solat"
(hadis Riwayat Muslim)

Sabda nabi lagi tentang orang yang meninggalkan satu solat iaitu solat Asar:

 من ترك صلاة العصر حبط عمله


" Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka musnahlah amalnya".

(Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dan Nasai daripada Buraidah)


وعن عبد الله بن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه ذكر الصلاة يوما فقال: من حافظ عليها كانت له نوراً وبرهاناً ونجاةً يوم القيامة، ومن لم يحافظ عليها لم تكن له نوراً ولا برهاناً ولا نجاةً، وكان يوم القيامة مع قارون وفرعون وهامان وأبي بن خلف

" Daripada Abdullah bin Umar beliau mengatakan bahawa Nabi SAW pada satu hari menyebut mengenai kepentingan solat lalu baginda bersabda: Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu akan menjadi cahaya buatnya, bukti dan keselamatan di hari Qiamat. Sebaliknya, sesiapa yang tidak memeliharanya, tiadalah baginya cahaya, tiada bukti dan tiada keselamatan di hari akhirat. Pada hari akhirat kelak dia akan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf". (Hadis Riwayat Ahmad dan menurut Haithami, perawinya adalah Tsiqah)

Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyebut:


يقول ابن القيم رحمه الله: "من شغله عن الصلاة ملكه حشر مع فرعون، ومن شغله عنها ماله حشر مع قارون، ومن شغله عن الصلاة جاهه حشر مع هامان، ومن شغله عنها تجارته حشر مع أبي بن خلف
فإذا كان من لم يحافظ على الصلاة يحشر مع هؤلاء الكفرة العتاة -وهم أشد أهل النار عذابا فما بالكم بمن تركها تركا كليا وعاش عمره لم يركع لله ركعة ولا سجد له سجدة؟

Sesiapa yang disibukkan dari solat oleh kerajaannya, dia akan dihimpunkan kelak bersama Firaun. Sesiapa yang disibukkan oleh hartanya, dia akan bersama Qarun. Sesiapa yang disibukkan dari solat oleh pangkat kemuliaan, dia akan bersama Haman. Sesiapa yang  disibukkan oleh perniagaannya, dia akan bersama Ubai bin Khalaf. 

Jika hanya kerana tidak menjaga solatnya seseorang itu dihimpunkan bersama manusia derhaka itu, sedangkan mereka adalah manusia yang paling teruk mendapat siksa neraka, maka bagaimana halnya jika seseorang  itu meninggalkan seluruh solatnya dan hidup tanpa rukuk dan sujud kepada Allah SWT?

Hadis-hadis yang menyifatkan kekafiran ke atas orang yang meninggalkan solat banyak dan tidak diragui kesahihannya. Para ulama punya tafsiran yang berbeza mengenai haids-hadis tersebut dengan mengaitkan sama ada perbuatan meninggalkan itu kerana menafikan kewajipannya atau kerana kemalasan, kesibukan serta meringankan kepentingannya.

1) Jika seseorang itu meninggalkan solat kerana menganggapnya tidak wajib, sepakat para ulama mengenai kakafirannya. Ini kerana kewajipan solat adalah mutlak dan tsabit secara dharuri dalam nas Al-Quran maupun Hadis. Menolak satu hukum yang dharuri kerana ingkar ada kafir tanpa khilaf.

2) Sementara seseorang yang meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau meringan-ringankannya, maka para ulama punya perbezaan pandangan mengenai hukumnya iaitu:

a) Imam Ahmad bin Hambal mengatakan dia adalah kafir dan murtad dari Islam dan dihukum bunuh.

(Inilah fatwa para sahabat nabi dan generasi salafus soleh ke atas orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Perihal mengkafirkan orang yang meninggalkan solat telah masyhur di kalangan mereka dan tidak ada kalangan sahabat yang menyalahinya.)

b) Imam Abu Hanifah berpandangan orang yang tidak solat kerana malas hendaklah dipenjarakan sehingga dia kembali solat.

c) Pandangan dari Imam Syafie dan Malik pula, orang yang meninggalkan solat tidak menjadi kafir tetapi hendaklah dihukum hudud bunuh jika terus tidak meninggalkan solat.

Meneliti kepada perbezaan pandangan mengenai ornag yang meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas, meringan-ringankan kewajipannya, jelas bahwa tiada pandangan ulama yang meremehkan orang yang meninggalkan solat. Sekalipun ada pandangan yang tidka mengkafirkannya seperti pandangan  Abu hanifah, Malik dan Syafie, mereka menetapkannya sebagai satu jenayah kesalahan sama ada ta'zir atau hudud dan pemerintah punya tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka.

Sekalipun jika mengambil pandangan yang mengatakan bahawa meninggalkan solat itu tidak menjadi kafir tetapi hanya dosa besar (Sebagaimana pandangan Abu Hanifah, Malik dan Syafie), perlulah dijelaskan prinsip mengenai dosa. Sesuatu dosa itu adalah saling mempengaruhi. Dosa kecil jika dibuat berterusan akan membawa kepada dosa besar. Dosa besar jika dilakukan berterusan, ia akan membawa kepada kekafiran. Maka, seorang yang meninggalkan solat secara sengaja untuk sekali sekala, itu mungkin boleh dikatakan berdosa besar. Tetapi, jika berterusan meninggalkan solat, dosa besarnya telah membawanya kepada kekafiran.

Imam Ibn Taimiyyah menyifatkan orang yang meninggalkan solat itu tidak layak dijawab salamnya dan tidak perlu ditunaikan jemputannya. Demikianlah seorang bapa tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan orang yang tidak solat kerana orang itu bukan seorang muslim dan bukan layak untuk muslimah dan tidak boleh dipercayai untuk diserahkan anak perempuan dan melahirkan zuriat-zuriat dengannya.

Sebagai kesimpulan, dapatlahlah dirumuskan bahawa:

1) Seorang yang meninggalkan solat kerana ingkar kewajipannya, dia adalah kafir murtad secara sepakat di kalangan ulama.

2) Jika dia meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau apa sahaja alasannya dan perbuatan itu disengajakan, maka ada khilaf ulama mengenainya kepada dua pandangan. Ada yang mengkafirkannnya sama seperti yang meninggalkan kerana ingkar tadi. Ada pula yang menjatuhkan sebagai fasiq, derhaka dan berdosa besar. Namun, pandangan kedua ini tidak meninggalkannya tanpa sebarang tindakan. Dia perlu disuruh bertaubat dan kembali solat. Jika tidak, hukuman menantinya sama ada dipenjara atau dibunuh.

Wahai orang yang meninggalkan solat!
Dengan jalan apa lagi kalian hendak melepaskan diri? Anda tidak akan menemui pembela di kalangan ulama muktabar kaum muslimin. Jika anda mati sebagai orang yang tidak solat, anda akan masuk neraka.  Meninggalkan solat adalah meruntuhkan agama kerana tiang agama itu adalah solat.

Sunday, 14 July 2013

FIDYAH BERGANDA KERANA LEWAT QADHA PUASA


والقول بلزوم الفدية هو قول الجمهور مالك والشافعي وأحمد ومستندهم في ذلك فتوى أبي هريرة وابن عباس به, ولا يعرف لهما مخالف من الصحابة, ويرى أبو حنيفة والبخاري وجماعة من العلماء عدم لزوم الفدية لأن الله إنما أمر بالقضاء في قوله: فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ {البقرة 184} ولم يذكر طعاما,

Pendapat yang mensyaratkan fidyah bagi mereka yang meninggalkan puasa dan tidak mengqadhakannya pada tahun semasa sebaliknya melintasi Ramadhan berikutnya adalah pendapat Jumhur yang terdiri daripada Malik, Syafie dan Ahmad. Pendapat ini bersandarkan fatwa oleh Abu Hurairah dan Ibn Abbas. Tidak ada riwayat yang menyatakan sahabat-sahabat lain bercanggah dengan mereka.

Sementara Abu Hanifah dan Imam Bukhari menyatakan bahawa hanya perlu Qadha sahaja kerana tiada dalil yang memerintahkan fidyah sebagaimana disebutkan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 184.

Pendapat Jumhur tersebut bukanlah merujuk kepada fidyah berganda sebagaimana yang dipercayai sesetengah orang mengenai mereka yang meninggalkan puasa Ramadhan dna tidak mengqadhakannya berselang Ramadhan. Fidyah tersebut hanyalah sekali sahaja untu satu hari puasa yang ditinggalkan biar berapa kali Ramadhan telah berselang. Kadar Fidyah adalah 750 g. Kadar yang ahwat adalah Sekilogram.

Ibn Qudamah menyatakan di dalam Al-Mughni bahawa tidak ada fidyah berganda bagi mereka yang lewat mengqadhakan puasa Ramadhannya.:

قال ابن قدامة في المغني: فصل: فإن أخره لغير عذر حتى أدركه رمضان أو أكثر لم يكن عليه أكثر من فدية مع القضاء لأن كثرة التأخير لا يزداد بها الواجب، كما لو أخر الحج الواجب سنين لم يكن عليه أكثر من فعله. انتهى

Friday, 7 June 2013

Berdoalah seadanya-Jangan melampau


عَنْ أَبِي نَعَامَةَ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُغَفَّلٍ، سَمِعَ ابْنَهُ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْقَصْرَ الْأَبْيَضَ عَنْ يَمِينِ الْجَنَّةِ إِذَا دَخَلْتُهَا، فَقَالَ: أَيْ بُنَيَّ، سَلِ اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنَ النَّارِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " إِنَّهُ سَيَكُونُ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الطَّهُورِ وَالدُّعَاءِ


Dari Abi Na’aamah ia berkata : Bahwasannya Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa : ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebuah istana putih yang terletak di sisi kanan surga, jika kelak aku masuk surga’. Maka ia (‘Abdullah bin Mughaffal) berkata : “Wahai anakku, mohonlah kepada Allah surga dan mohonlah kepada-Nya perlindungan dari api neraka. Karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Sesungguhnya kelak akan ada satu kaum dari umat ini yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 96, Ibnu Maajah no. 3864, dan yang lainnya; shahih].




عَنْ أَبِي نَعَامَةَ، عَنْ ابْنٍ لِسَعْدٍ، أَنَّهُ قَالَ: سَمِعَنِي أَبِي وَأَنَا أَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيمَهَا وَبَهْجَتَهَا، وَكَذَا، وَكَذَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَسَلَاسِلِهَا وَأَغْلَالِهَا، وَكَذَا، وَكَذَا، فَقَالَ: يَا بُنَيَّ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " سَيَكُونُ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الدُّعَاءِ " فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ، إِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَ الْجَنَّةَ أُعْطِيتَهَا وَمَا فِيهَا مِنَ الْخَيْرِ، وَإِنْ أُعِذْتَ مِنَ النَّارِ أُعِذْتَ مِنْهَا وَمَا فِيهَا مِنَ الشَّرِّ




Dari Abi Na’aamah dari anaknya Sa’d (bin Abi Waqqaash), ia berkata : Ayahku mendengarku ketika aku berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu surga, kenikmatannya, lalu ini, dan itu. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka, rantai-rantainya, belenggu-belenggunya, lalu ini, dan itu”. Lalu ayahku berkata : “Wahai anakku, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Kelak akan ada satu kaum yang melampaui batas dalam berdoa’. Waspadalah agar engkau jangan sampai termasuk kaum tersebut. Seandainya engkau diberikan surga, maka akan diberikan pula segala yang ada di dalamnya dari kebaikan. Dan jika engkau dijauhkan dari neraka, maka akan dijauhkan pula segala apa yang ada di dalamnya dari kejelekan” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 1480; shahih].

Wednesday, 5 June 2013

KENAJISAN ANJING

Hukum mengenai anjing, sma ada ia najis atau tidak, para ulama mazhab dalam Islam telah berbeza pandangan kepada tiga iaitu:

1) Pandangan Syafi'iyyah dan Hanabalah: Najis semuanya sama ada bulunya, badannya ataupun air liurnya.

2) Pandangan Malikiah: Tidak najis langsung.

3) Pandangan Hanafiah dan Ibn Taimiah: Hanya daging dan air lius sahaja yang najis.

Dalil hadis yang dirujuk dalam kes ini adalah sabda Rasulullah SAW:



إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فاغسلوه سبعاً، وعفروه الثامنة ‏بالتراب

HUKUM MENGHADAPKAN BINATANG SEMBELIHAN KE ARAH KIBLAT

Kiblat ada;ah semulia-mulia arah. Maka, disunatkan menghadapkan binatang dan juga tukang sembelih ke arah kiblat ketikan menyembelih binatang sama ada sembelihan itu hadyu, korban atau sembelihan biasa.

Ulasan lanjut boleh dibaca dalam Fatwa dari laman Islamqa;


السؤال: إذا أراد الرجل ذبح دجاجة فهل يلزمه توجيهها للقبلة أو يذبحها على أي شكل كانت ؟

الجواب :
الحمد لله
السنة في الذبح توجيه الذبيحة إلى القبلة ، وليس ذلك بلازم ، فلو ذبحها إلى جهة أخرى حلت الذبيحة ، لكن يكون تاركا للسنة .
روى أحمد (15022 ) وأبو داود (2795) وابن ماجه (3121) عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رضي الله عنهما قَالَ : ذَبَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الذَّبْحِ كَبْشَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ، فَلَمَّا وَجَّهَهُمَا قَالَ : (إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ عَلَى مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ ، وَعَنْ مُحَمَّدٍ وَأُمَّتِهِ ، بِاسْمِ اللَّهِ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، ثُمَّ ذَبَحَ).
والحديث إسناده محتمل للتحسين كما قال شعيب الأرنؤوط في تحقيق المسند .
وجاء في "الموسوعة الفقهية" (21/196) في بيان آداب الذبح : " أن يكون الذابح مستقبل القبلة ، والذبيحة موجهة إلى القبلة بمذبحها لا بوجهها إذ هي جهة الرغبة إلى طاعة الله عز شأنه ؛ ولأن ابن عمر رضي الله عنهما كان يكره أن يأكل ذبيحة لغير القبلة ، ولا مخالف له من الصحابة ، وصح ذلك عن ابن سيرين وجابر بن زيد"انتهى . وينظر : "المغني" (3/221).

وجاء في "فتاوى اللجنة الدائمة" (22/477) فيمن ذبح إلى غير القبلة وزعم أن استقبال القبلة إنما يكون عند ذبح الهدي خاصة :
"إذا كان الواقع من الذبح كما ذكرت فالذبح صحيح مجزئ في حل الأكل من الذبيحة ، لكن الذابح خالف السنة بتركه استقبال جهة القبلة بالذبيحة حين ذبحها ، وأساء بعدم قبوله النصيحة ، وأخطأ في دعواه أن استقبال القبلة حين الذبح خاص بالهدي ؛ لأن السنة استقبال القبلة بالذبيحة حين الذبح مطلقا سواء كانت هديا أم أضحية أم غير ذلك" انتهى .

وجاء فيها أيضاً (1/67) : "ويستحب أن يتوجه الذابح إلى القبلة ، ويوجه الذبيحة كذلك إلى القبلة ؛ لأنها أشرف الجهات ، ولأن الاستقبال مستحب في القربات ، إلا ما دل الدليل على خلافه ، ويتأكد الاستحباب إذا كانت الذبيحة هديا أو أضحية ، وقد روي عن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (ضحوا وطيبوا بها أنفسكم ، فإنه ليس من مسلم يوجه ضحيته إلى القبلة إلا كان دمها وفرثها وصوفها حسنات محضرات في ميزانه يوم القيامة) . وكان يقول : (أنفقوا قليلا تؤجروا كثيرا) الحديث أخرجه عبد الرزاق في مصنفه وأخرج الترمذي وابن ماجه والبيهقي نحوه ، والحديث وإن تكلم فيه أئمة الحديث بضعف إسناده ، فإنه يعمل به في فضائل الأعمال ، ويعضد ما ذكر ، ولذلك كان ابن عمر وابن سيرين يكرهان الأكل من الذبيحة توجه لغير القبلة ، وإن اقتصر على التسمية ووجه الذبيحة إلى غير القبلة ترك الأفضل وأجزأه ، وبهذا قال القاسم بن محمد والنخعي والثوري وابن المنذر وغيرهم" انتهى .
والله أعلم .