Pages

Friday, 25 January 2019

MIMPI MELIHAT ALLAH

Ia mungkin berlaku. Pernah berlaku terhadap nabi SAW. Dia bermimpi melihat Allah. Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat:

 ما كان لي من علم بالملإ الأعلى إذ يختصمون

Beliau bahawa hadis tentang nabi melihat Allahز

Teks Hadis:


  أتاني الليلة ربي تبارك وتعالى في أحسن صورة ، فقال: يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى؟ قلت : لا ، فوضع يده بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي فعلمت ما في السموات وما في الأرض ، فقال: يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى ؟ قلت: نعم في الكفارات والدرجات ، والكفارات: المكث في المساجد بعد الصلوات ، والمشي على الأقدام إلى الجماعات ، وإسباغ الوضوء في المكاره ، قال: صدقت يا محمد ، ومن فعل ذلك عاش بخير ، ومات بخير ، وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه ، وقال: يا محمد إذا صليت فقل : اللهم إني أسألك فعل الخيرات ، وترك المنكرات ، وحب المساكين ، وأن تغفر لي وترحمني ، وتتوب علي ، وإذا أردت بعبادك فتنة فاقبضني إليك غير مفتون ، والدرجات: إفشاء السلام ، وإطعام الطعام ، والصلاة بالليل والناس نيام
 
(Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Turmizi dengan komentar Saheh Sanadnya Hasan)

Terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa Imam Ahmad dan lain-lain tokoh salaf pernah bermimpi melihat Allah SWT.

Wallahu a'lam.

Sunday, 25 February 2018

KITAB SIRAH AL-MAS'UDI

Nama kitabnya itu ialah Murawwiju Zahab Wa ma'adinul Jauhar

Namanya penulisnya  adalah Abu Hasan Ali bin Al-Husain bin Ali, merupakan zuriat keturunan Ibn Mas'ud.

Laqabnya Qutbuddin 

Beliau tokoh ilmu Falak dan Geografi

Ibn Taimiyyah dalam Minhajus Sunnah menyifatkan isi kitab sirah oleh  Al-mas'udi sarat dengan pendustaan dan tasyayyu'.

Ibn Hajar dalam Lisanul  Mizan menyifatkan Al-Mas'udi sebagai yiah Mu'tazili

Manakala Az-Zahabi dalam Siyar A'lam menytifatkannya sebagai Muktazili.

Oleh itu membaca kita sirah Al-mas'udi hendaklah dengan waspada.

Mati tahun 345H.

Sunday, 14 May 2017

IBN QUTAIBAH AD-DIINAURI

Namanya Abu Muhammad bin Abdullah bin Muslim bin Qutaibah ( 213-276)

Seorang sasterawan Arab lagi ahli dalam feqah.

Berbangsa Arab.

Tiada maklumat jelas tentang di mana lahirnya Ibn Qutaibah. Sebahagian sejarawan menyebut bahawa beliau lahir di Kufah. Ada juga mengatakan bahawa beliau lahir di Baghdad.

 Pandangan paling rajih adah lahir di Kufah, namun beliau tidak lama di Kufah. sejak kecil beliau telah dibawa berpindah dan tinggal di Baghdad.

Beliau mengambil ilmu hadis daripada Ishak bin Rahawaih. Beliau juga salah seorang imam dalam mazhab Syafie dan baginya Musnad yang terkenal.  Beliau juga mahir dalam Tafsir. Dikatakan juga bahawa Bukhari, Muslim dan Tarmizi adalah antara murid-muridnya.

Beliau tokoh ulama dalam bidang bahasa, pengkritik, faqih, nahu, sejarah, sastera.

JAHIZ

Nama sebenar beliau adalah Abu Uthman Amru bin Bahr Al-Kinani Al-Faqimi Al-Basri.
Lebih terkenal dengan nama Jahiz
Faqim adalah satu bani daripada kabilah Kinanah
Lahir dan mati: 159 H-255H
usia waktu mati 90 tahun.
Kitabnya banyak tidak terhitung.
Paling popular ialah Kitab Al-Hayawan dan Al-Bukhala'.

Kata Ibn Khaldum: Kami mendengar guru-guru kami mengatakan bahawa asas ilmu sastera ada 4 kiatb iaitu:
1) Adabul Katib-Ibn Qutaibah
2) Al-Kamil-Al Mubarrad
3)Al-bayan Wat Tabyin-Jahiz
4) An-Nawadir-Ali Al-Qali

Semasa kanak-kanak, belia adalah penjual roti dan ikan di pekan Basrah. Namun, beliau rajin belajar dan berguru . Dia pernah belajar sastera daripada As-Somma'i, Abu Ubaidah dan Abu Zaid Al-Ansari. Beliau juga belajar nahu daripada Al-Akhfas dan mendalami ilmu kalam dengan Ibrahim bin Sayyarbin hani' An-Nizam  Al-basri

Lahir tahun 159 di Basrah zaman pemerintahan Khalifah Al- Mahdi (ketiga daripada khalifah Abbasiyyah)
Meninggal pada masa pemerintahan khalifah Al-Muhtadi Billah tahun 255.

maka dia sempat hidup di bawah pemerintahan 12 khalifah.

Pada zaman itu, kebudayaan ilmu Arab mencapai kemuncaknya.

Jahiz bermazhab muktazilah. Beliau sangat memuja akal mengatasi naqal.

Jahiz terkenal sebagai orang berwajah huduh.

Satu hari seorang perempuan dan seorang lelaki datang kepada Jahiz. Perempuan itu berkata kepada lelaki itu:
"seperti ini".

Jahiz merasa hairan. Lantas beliau menemui lelaki itu dan bertanya. Lelaki memberitahu bahawa perempuan itu telah memintanya membuat patung wajah syaitan.

" mana pernah aku melihat Syaitan!". akata lelaki itu.
" Ikut saya...", perempuan itu mengarahkan. Lalu dibawanya lelaki itu kepada Jahiz dan menunjukkan kepada Jahiz sambil berkata: "sperti ini!".

Matinya Jahiz adalah kerana dihempap oleh rak-rak buku.

Tuesday, 4 April 2017

SYABAKAH AWAN SALAFI

https://www.sahab.net/home/