Pages

Friday, 21 May 2021

Tentang Khidir itu...

Ditanya kepada Ibrahim bin Harbi tentang nabi Khidir, apakah benar dia masih hidup dan benarkah dia kekal hidup hingga akhir zaman? Lalu katanya: Cerita sebegini adalah rekaan Syaitan yang dilontar ke dalam masyarakat manusia!

Imam Bukhari tatkala ditanya tentang isu Khidir masih hidup ini, beliau menolak pendapat yang mendakwa dia masih hidup dengan katanya: Bagaimana dia boleh dikatakan hidup sedangkan nabi SAW telah bersabda:

لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد


100 tahun mendatang, tidak akan ada di atas muka bumi orang yang masih hidup sekarang!

Al-Quran sendiri menegaskan:

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ} (الأنبياء:34).


"Kami (Allah) tidak pernah jadikan manusia sebelummu (Muhamamd) kekal. Apakah kalau kau mati maka mereka itu akan kekal??"



Imam ibn Taimiyyah berdalilkan doa yang dipanjatkan nabi semasa Perang Badar:

اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض


"Ya Allah, jika Engkau binasakan kumpulan ini (tentera badar) maka sesungguhnya Engkau tidak akan lagi disembah di bumi"


Jika ada Khidir, maka Allah akan masih terus disembah di bumi sekalipun mati semua pasukan Badar. Jika ada Khidir, dia wajib datang bergabung dengan nabi SAW dalam perang Badar, berperang membela Islam.




Tuesday, 27 April 2021

JAMUAN YANG SUNAT DIAAKAN ADALAH SELEPAS PULANG MUSAFIR, BUKAN SEBELUMNYA.

 Orang selalu buat kenduri panggil orang datang rumah sebelum melakukan musafir. Umpamanya musafir melaksanakan haji. Demikian juga musafir-musafir lain seperti mahu keluar negeri, melancong, berniaga dan sebagainya. Sebenarnya, kenduri itu disunatkan sebelum atau selepas? Dalil amalan nabi dan sahabat ialah selepas pulang musafir. Itulah jamuan makan yang disebut dalam sejarah dengan nama " An-Naqi'ah".


Hasil bacaan:

https://al-muwahhidun.blogspot.com/2017/09/kenduri-sebelum-berangkat-musafir-atau.html

Sunday, 14 February 2021

TAFSIR MIMPI

 Lawati link berikut:


https://www.mktbtk.com/dir/ish/8/d-0002.htm

Friday, 15 January 2021

ISLAM DI INDIA DAN CHINA

SEJARAH MUSLIM DI INDIA