Pages

Friday, 4 September 2009

Ramadhan Kelmarin

Dr. Ali Jumu'ah menghuraikan maksud disebalik puasa umat terdahulu sebagaimana yang telah disebutkan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ

"Telah difardhukankepadamu puasa sebagaimana telah difardhukan kepada ummat terdahulu sebelumkamu".

Beliau menyebut 4 jenis puasa ummat terdahulu itu sebagaimana disebutkan oleh ilama-ulamasuluk iaitu:

قلة الطعام وقلة المنام وقلة الكلام وقلة الأنام

"Sedikit makan,sedikit tidur, sedikit percakapan dan sedikit manusia"

Empat jenis puasa tersebut telah menyampaikan pengamalnya kepada apa yang difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah: Ayat 269:

يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا

Dialah (Allah) yang memberikan hikmah kepada siapa yang dikehednakiNya. Dan barangsiapa yang diberikan hikmah,maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak".


Baca selanjutnya di : Mauqi'u Ali Jumuah

NISAB ZAKAT TERNAKAN

Jumhur ulama mensyaratkan 3 perkara ke atas ternakan yang diwajibkan zakat iaitu:
  1. Cukup Nisab
  2. Cukup haul
  3. Ternakan meragut rumput di padang ternak

Imam Malik tidak mesyaratkan ternakan meragut di padang rumput. Sekiranya ternakan tersebut tidak meragut di padang ternak sekalipun, seperti dipelihara dalam kandang, makatidaklah wajib zakat.

Menurut Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar, Syeikh Atiyah Saqar, nisab bagi unta ialah 5 ekor. bagi 5 ekor unta, zakatnya ialah seekor kambing. Setia bertambah 5 ekor, zakatnya ialah seekor kambing. Sehinggalah jumlahnya 25 ekor. Jika sudah 25 ekor, wajib zakat seekor unta betina berusia setahun( بنت مخاض) hendak masuk 2 tahun. Atau unta jantan berumur 2 tahun hendak masuk tiga tahun (ابن لبون ).

Lanjutkan bacaan di Islam Online.

Wednesday, 2 September 2009

Fahami Quran dahulu, kemudian tafsirkanlah!

من يطع الرسول فقد أطاع الله ومن تولى فما أرسلناك عليهم حفيظا (80) ويقولون طاعة فإذا برزوا من عندك بيت طائفة منهم غير الذي تقول والله يكتب ما يبيتون فأعرض عنهم وتوكل على الله وكفى بالله وكيلا (81) أفلا يتدبرون القرآن ولو كان من عند غير الله لوجدوا فيه اختلافا كثيرا (82) وإذا جاءهم أمر من الأمن أو الخوف أذاعوا به ولو ردوه إلى الرسول وإلى أولي الأمر منهم لعلمه الذين يستنبطونه منهم ولولا فضل الله ورحمته لاتبعتم الشيطان إلا قليلا (83) فقاتل في سبيل الله لا تكلف إلا نفسك وحرض المؤمنين عسى الله أن يكف بأس الذين كفروا والله أشد بأسا وأشد تنكيلا (84


Maksudnya:

80. Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, Sesungguhnya ia Telah mentaati Allah. dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), Maka kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka .81. Dan mereka (orang-orang munafik) mengatakan: "(Kewajiban kami hanyalah) taat". tetapi apabila mereka Telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari (mengambil keputusan) lain dari yang Telah mereka katakan tadi. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, Maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakallah kepada Allah. cukuplah Allah menjadi Pelindung. 82. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. 83. Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (rasul dan ulil Amri) kalau tidaklah Karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu). 84. Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).

Surah An-Nisak: 80-84


Lanjutkan bacaan untuk melihat ulasan Syeikh Muhammad Al-Ghazali dalam: madarik islam online