Pages

Tuesday 1 September 2020

TA ABBATA SYARRAN

Namanya adalah Tsabit bin Jabir Al-Fahmi. Beliau meninggal pada tahun 530M. Belua merupakan seorang penyair Arab Jahiliyyah yang digolong dalam kelompok buangan kabilahnya (Mereka digelar So'alik). Oleh kerana itu mereka tinggal di kawasan badwi dan tidak menghuni kampung kabilah mereka.


Antara contoh nama penyair yang berada dalam kelompok So'alik adalah Urwah bin Al-Wardi Al-Abasi.

 

Gelaran Ta abbata Syarran diberikan kepadanya kerana setiap kali keluar berperang, dia menyelitkan pedangnya di bawah ketikanya. daripada perkataan ibunya mengenainya gayanya itu...Ta abbata Syarran...dia pun digelar dengan panggilan itu. Ada riwayat lain menyebutkan bahawa ia berkaitab peristiwa dia membawa skarung ular kepada ibunya. Ibunya menempelaknya kerana tidak memberikan sesuatu kepadanya sepertimana pemuda-pemuda lain dalam kampung. Itu sebabnya dibawanya sekarung ular. Apabila ibunya ceritakan mengenainya kepada teman-temannya, mereka bertanya: bagaimana dia membawa ular itu kepadamu? Ibunya berkata: Dia mengepitnya di bawah ketiaknya! dari situ dia dapat gelaran Ta abbata Syarran.