Pages

Sunday 14 May 2017

IBN QUTAIBAH AD-DIINAURI

Namanya Abu Muhammad bin Abdullah bin Muslim bin Qutaibah ( 213-276)

Seorang sasterawan Arab lagi ahli dalam feqah.

Berbangsa Arab.

Tiada maklumat jelas tentang di mana lahirnya Ibn Qutaibah. Sebahagian sejarawan menyebut bahawa beliau lahir di Kufah. Ada juga mengatakan bahawa beliau lahir di Baghdad.

 Pandangan paling rajih adah lahir di Kufah, namun beliau tidak lama di Kufah. sejak kecil beliau telah dibawa berpindah dan tinggal di Baghdad.

Beliau mengambil ilmu hadis daripada Ishak bin Rahawaih. Beliau juga salah seorang imam dalam mazhab Syafie dan baginya Musnad yang terkenal.  Beliau juga mahir dalam Tafsir. Dikatakan juga bahawa Bukhari, Muslim dan Tarmizi adalah antara murid-muridnya.

Beliau tokoh ulama dalam bidang bahasa, pengkritik, faqih, nahu, sejarah, sastera.

JAHIZ

Nama sebenar beliau adalah Abu Uthman Amru bin Bahr Al-Kinani Al-Faqimi Al-Basri.
Lebih terkenal dengan nama Jahiz
Faqim adalah satu bani daripada kabilah Kinanah
Lahir dan mati: 159 H-255H
usia waktu mati 90 tahun.
Kitabnya banyak tidak terhitung.
Paling popular ialah Kitab Al-Hayawan dan Al-Bukhala'.

Kata Ibn Khaldum: Kami mendengar guru-guru kami mengatakan bahawa asas ilmu sastera ada 4 kiatb iaitu:
1) Adabul Katib-Ibn Qutaibah
2) Al-Kamil-Al Mubarrad
3)Al-bayan Wat Tabyin-Jahiz
4) An-Nawadir-Ali Al-Qali

Semasa kanak-kanak, belia adalah penjual roti dan ikan di pekan Basrah. Namun, beliau rajin belajar dan berguru . Dia pernah belajar sastera daripada As-Somma'i, Abu Ubaidah dan Abu Zaid Al-Ansari. Beliau juga belajar nahu daripada Al-Akhfas dan mendalami ilmu kalam dengan Ibrahim bin Sayyarbin hani' An-Nizam  Al-basri

Lahir tahun 159 di Basrah zaman pemerintahan Khalifah Al- Mahdi (ketiga daripada khalifah Abbasiyyah)
Meninggal pada masa pemerintahan khalifah Al-Muhtadi Billah tahun 255.

maka dia sempat hidup di bawah pemerintahan 12 khalifah.

Pada zaman itu, kebudayaan ilmu Arab mencapai kemuncaknya.

Jahiz bermazhab muktazilah. Beliau sangat memuja akal mengatasi naqal.

Jahiz terkenal sebagai orang berwajah huduh.

Satu hari seorang perempuan dan seorang lelaki datang kepada Jahiz. Perempuan itu berkata kepada lelaki itu:
"seperti ini".

Jahiz merasa hairan. Lantas beliau menemui lelaki itu dan bertanya. Lelaki memberitahu bahawa perempuan itu telah memintanya membuat patung wajah syaitan.

" mana pernah aku melihat Syaitan!". akata lelaki itu.
" Ikut saya...", perempuan itu mengarahkan. Lalu dibawanya lelaki itu kepada Jahiz dan menunjukkan kepada Jahiz sambil berkata: "sperti ini!".

Matinya Jahiz adalah kerana dihempap oleh rak-rak buku.

Tuesday 4 April 2017

SYABAKAH AWAN SALAFI

https://www.sahab.net/home/