Pages

Sunday 14 May 2017

IBN QUTAIBAH AD-DIINAURI

Namanya Abu Muhammad bin Abdullah bin Muslim bin Qutaibah ( 213-276)

Seorang sasterawan Arab lagi ahli dalam feqah.

Berbangsa Arab.

Tiada maklumat jelas tentang di mana lahirnya Ibn Qutaibah. Sebahagian sejarawan menyebut bahawa beliau lahir di Kufah. Ada juga mengatakan bahawa beliau lahir di Baghdad.

 Pandangan paling rajih adah lahir di Kufah, namun beliau tidak lama di Kufah. sejak kecil beliau telah dibawa berpindah dan tinggal di Baghdad.

Beliau mengambil ilmu hadis daripada Ishak bin Rahawaih. Beliau juga salah seorang imam dalam mazhab Syafie dan baginya Musnad yang terkenal.  Beliau juga mahir dalam Tafsir. Dikatakan juga bahawa Bukhari, Muslim dan Tarmizi adalah antara murid-muridnya.

Beliau tokoh ulama dalam bidang bahasa, pengkritik, faqih, nahu, sejarah, sastera.

0 comments:

Post a Comment