Pages

Monday 24 August 2020

Kemusnahan Neraka adalah pandangan Marjuh

 Pandangan yang menyatakan neraka itu musnah adalah pandangan marjuh. Pandangan rajih adalah pandangan Jumhur Ulama, bahawa neraka itu abadi. Adapun pandangan Ibn Qayyim dalam kitabnya Hadil Arwah itu adalah pandangannya yang pertama. Ia adalah marjuh. Pandangan Ibn Qayyim yang berikutnya adalah menyatakan keabadian neraka, seperti dalam kitabnya Al-Wabil As-Soyyib.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Ibn Qayyim telah mengemukan hujah-hujah bagi pandnagan yang mengatakan neraka itu musnah dalam kitabnya Hadil Arwah dan Syifaul 'alil. Namun, mengaitkannya dengan pandangan gurunya Ibn Taimiyyah adalah tidak berasas. Sementelahan simber-sumber Ibn Taimiyyah sendiri  membuktikan Ibn Taimiyyah berpandangan kebadian neraka.

Mungkin orang menyangka sebagai murid, Ibn Qayyim hanya berpendapat dengan pandangan gurunya. Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi.Itu salah. Berapa banyak murid, dia mengambil jalannya sendiri.

Lagi pula, perlu disebutkan bahawa Ibn Qayyim telah menarik semula pandangannya itu dalam kitabnya yang lain iaitu Al-Wabilus Soyyib.

Ada kalangan ulama yang menyifatkan kata-kata bahawa neraka adalah fana merupakan bid'ah dan pendapat yang mengatakan neraka adalah abadi adalah Ijmak. Namun, Syeikh Soleh Fauzan  menolak dakwaan ini, malah katanya ia bukanlah satu Ijmak. Pendapat yang menghujahkan kemusnahan neraka itu berdasarkan dalil-dalil sedangkan bid'ah tidak punya dalil sama sekali. Persoalannya mungkin boleh dikatakan salah dalam menafsirkan dalil, tetapi pandangan itu masih berdalil. Oleh itu ia bukan bid'ah.

Perlu dingatkan, bahawa pendapat yang mengatakan musnahnya syurga dan neraka adalah pendapat ahli bid'ah dari kalangan Jahmiyah dan Muktazilah dan tidak pernah diucapkan oleh mana-mana generasi sahabat, tabiin dan juga imam-imam kaum muslimin.




Ibn Qayyim bukanlah orang yang berpandangan neraka itu musnah.

 Ibn Qayyim bukanlah orang yang berpandnagan bahawa neraka itu musnah. Para pembenci Ibn Qayyim  

menuduhnya berpandangan neraka itu fana  (musnah ) berdasarkan apa yang dicatatkannya dalam "hadil Arwah" dan " Syifaul 'Alil". Mereka tidak baca pula apa yang dituliskan oleh Ibn Qayyim dalam " As-Sowa'iqul Mursalah". Lebih jelas lagi, jika dirujuk dalam kitabnya yang lain, Al-Wabilus Sayyib,beliau mencatakan sebagai berikut:

 

  وأما النار فإنها دار الخبث في الأقوال والأعمال والمآكل والمشارب ودار الخبيثين، فالله تعالى يجمع الخبيث بعضه إلى بعض فيركمه كما يركم الشيء المتراكب بعضه على بعض ثم يجعله في جهنم مع أهله فليس فيها إلا خبيث، ولما كان الناس على ثلاث طبقات: طيب لا يشينه خبث، وخبيث لا طيب فيه، وآخرون فيهم خبث وطيب كانت دورهم ثلاثة: دار الطيب المحض ودار الخبيث المحض، وهاتان الداران لا تفنيان، ودار لمن معه خبث وطيب وهي الدار التي تفنى وهي دار العصاة، فإنه لا يبقى في جهنم من عصاة الموحدين أحد، فإنه إذا عذبوا بقدر جزائهم أخرجوا من النار فأدخلوا الجنة ولا يبقى إلا دار الطيب المحض ودار الخبيث المحض

 

Jelas dalam kitab ini Ib Qayyim menyatakan tentang keadian syurga dan neraka. Apa yang disifatkannya fana itu adalah neraka buat orang-orang mukmin yang derhaka.  Tentulah maksud musnahnya itu adalah tamatnya azab buat mereka setelah mereka bebas daripada neraka itu. Sementara neraka buat orang kafir itu kekal abadi. 

Catatan-catatan Ibn Qayyim dalam kitabnya, khasnya dalam "Hadil Arwah" menyebabkan ada yang menuduh bahawa pendangan kemusnahan neraka ini diambil daripada Ibn Tamiyyah. Padahal, Ibn Qayyim  menceritakan pandangan tentang kemusnahan neraka itu daripada gurunya Ibn Taimiyyah. Itu bukanlah bermakna apa yang dipegang Ibn Tamiyyah. Dalam sekian banyak pandangan yang disenaraikan oleh Ibn Taimiyyah, salah satunya pandangan tentang kemusnahan neraka. 

Biarlah jelas bila menelaah kitab para ulama. Jangan cepat melatah kelak beban yang kita tanggung amatlah besar. Menfitnah ulama tidak sama dosanya dengan menfitnah orang awam!

Amatlah keji cara orang yang menkafirkan Ibn Qayyim ini memetik kalam dan memanipulasikannya. Lihat: Sahnoun