Pages

Monday 24 August 2020

Kemusnahan Neraka adalah pandangan Marjuh

 Pandangan yang menyatakan neraka itu musnah adalah pandangan marjuh. Pandangan rajih adalah pandangan Jumhur Ulama, bahawa neraka itu abadi. Adapun pandangan Ibn Qayyim dalam kitabnya Hadil Arwah itu adalah pandangannya yang pertama. Ia adalah marjuh. Pandangan Ibn Qayyim yang berikutnya adalah menyatakan keabadian neraka, seperti dalam kitabnya Al-Wabil As-Soyyib.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Ibn Qayyim telah mengemukan hujah-hujah bagi pandnagan yang mengatakan neraka itu musnah dalam kitabnya Hadil Arwah dan Syifaul 'alil. Namun, mengaitkannya dengan pandangan gurunya Ibn Taimiyyah adalah tidak berasas. Sementelahan simber-sumber Ibn Taimiyyah sendiri  membuktikan Ibn Taimiyyah berpandangan kebadian neraka.

Mungkin orang menyangka sebagai murid, Ibn Qayyim hanya berpendapat dengan pandangan gurunya. Kata Dr. Yusuf Al-Qardawi.Itu salah. Berapa banyak murid, dia mengambil jalannya sendiri.

Lagi pula, perlu disebutkan bahawa Ibn Qayyim telah menarik semula pandangannya itu dalam kitabnya yang lain iaitu Al-Wabilus Soyyib.

Ada kalangan ulama yang menyifatkan kata-kata bahawa neraka adalah fana merupakan bid'ah dan pendapat yang mengatakan neraka adalah abadi adalah Ijmak. Namun, Syeikh Soleh Fauzan  menolak dakwaan ini, malah katanya ia bukanlah satu Ijmak. Pendapat yang menghujahkan kemusnahan neraka itu berdasarkan dalil-dalil sedangkan bid'ah tidak punya dalil sama sekali. Persoalannya mungkin boleh dikatakan salah dalam menafsirkan dalil, tetapi pandangan itu masih berdalil. Oleh itu ia bukan bid'ah.

Perlu dingatkan, bahawa pendapat yang mengatakan musnahnya syurga dan neraka adalah pendapat ahli bid'ah dari kalangan Jahmiyah dan Muktazilah dan tidak pernah diucapkan oleh mana-mana generasi sahabat, tabiin dan juga imam-imam kaum muslimin.




0 comments:

Post a Comment