Pages

Tuesday 20 July 2021

ILMU NAHU-KATA NAMA (ISIM )YANG DIBOLEH DIJAMAKKAN SEBAGAI MUA ANNAS SALIM

 


Ilmu Nahu-MULHIQ BIL MUTHANNA

 APA ITU MULHIQ BIL MUTHANNA?



Monday 19 July 2021

Dajal itu figura dan bukan metafora

Sesetengah ulama menolak riwayat yang menyebutkan tentang dajal. Sesetengah mereka mentakwilkan hadis-hadis tentenag dajal dengan takwilan aqliah yang membawa kepada makna simbolik bagi terma dajjal itu.

Syeikh Albani mengkritik golongan ini dengan menyatakan:

"ya laita sya'ri...Apalah bezanya para ulama yang menisbahkan diri mereka sebagai ulama Sunnah dan mereka yang menolak nas-nas mutawatir yang menyebutkan tentang keluarnya dajal, turunnya nabi Isa A.S dan dia membunuh dajjal, dengan keimanan kaum Batiniyyah dan juga kumpulan sesat yang turut beriman dengan nas=nas Al-Quran dan hadis. Walaupun begitu mereka, mereka mempunya ta'wilan yang akhirnaya membawa kepada mengkufuri perkara yang sebenarnya. Umpamanya kelompok yang menolak "Ru'yatullah" dengan mentakwilkan nas yang menyebut mengenainya sebagai  Melihat nikmat Tuhan mereka. Samalah seperti Qadyani yang menurut dakwaan mereka, mereka beriman bahawa nabi Muhammad SAW itu adalah Khatamunnubuwwah, akan tetapi mereka beriman bahawa kenabian itu kekal selepasnya dan akan muncul ramai para nabi sesudah nabi Muhamamd SAW. Antara nabi yang mereka percaya itu adalah Mirza Ghulam Ahmad. Di kala ditanya kepada kepada mereka tentang ayat-ayat khatamunnubuwwah- mereka dengan tegas menyatakan mereka beriman dengan ayat tersebut akan tetapi maksud khtamunnubuwwah yang mereka fahami bukanlah sebagaimana yang difahami oleh kaum muslimin sebelum mereka. Bagi mereka, maksud khatamunnnubuwwah itu adalah bermaksud perhiasan para nabi. ianya seperti cincin yang menghiasi jemari. Adakah bernilai iman mereka dengan ayat Quran itu setelah mereka dengan berani manafsirkan sedemikian??


Perihal dajjal ini, tiada ayat Quran yang menyebut mengenainya secara jelas. Hanya, para ulama, seperti  Ibn Hajar Al-asqolani dalam fathul Bari mengaitkan beberapa ayat sebagai isyarat tentang dajal:

1) Firman Allah SWT:

يَوْمَ يَأْتِى بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا

Ertinya:

Maka salah satu daripada ayat-ayat yang bila kelihatan, iman tidak lagi bermanfaat, telah dijelaskan dalam hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Hurairah:

ثلاثة إذا خرجن لم ينفع نفسا إيمانها لم تكن آمنت من قبل: الدجال، والدابة، وطلوع الشمس من مغربها


2) Firman Allah SWT:


وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِلسَّاعَةِ

Ayat Quran menyifatkan tentang nabi Isa yang yang akan turun di akhir zaman sebagai tanda kiamat. Bila Quran sebut nabi Isa, secara tersiratnya membawa mesej munculnya dajal kerana kedatangan nabi Isa itu antara misinya adalah membunuh dajal.


3) Ketiadaan ayat Quran menyebutnya secara langsung itu adalah untuk menghinakannya.