Pages

Sunday, 24 January 2010

HUKUM MEMBERI MAKAN DAGING AQIQAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Persoalan daging aqiqah, apakah ia boleh dimakan oleh orang Kafir nampaknya menjadi kemusykilan yang merungsing sesetengah orang. Di kampungku, ada orang yang buat kenduri kahwin sembelih kambing, lembu atau kerbau, tapi tak berniat aqiqah kerana antara jemputannya ada yang bukan Islam. Ini kerana dia berpegang dengan pandangan rigid yang mengharamkan daging aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam. Beberapa persoalan dari sahabat masih berlegar pada isu yang sama.

Ibuku di kampung juga berpegang dengan pandangan mengharamkannya. Ini kerana katanya itulah yang diajar oleh tok guru.

Aku menerangkan bahawa persoalan bolehkah  orang kafir  makan daging aqiqah adalah perkara yang diperselisihkan hukumnya oleh ulama pelbagai mazhab. Perselisihan itu boleh dirumuskan sebegaimana berikut:

1-   Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.

2-   Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

3-   Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

4-   Semua ulama mazhab sepakat (ijma') memberi atau memberi makan daging korban atau aqiqah WAJIB kepada bukan Islam adalah haram. 

Kepada sahabat yang bertanya, aku merumuskan bahawa daging aqiqah wajib diharamkan kepada orang kafir sedangkan aqiqah sunat dibolehkan untuk orang kafir. Inilah rumusan yang kuberikan setelah menilai semua pendapat mazhab tersebut. Pendapat ini selaras dengan pegangan mazhab Maliki.

Firman Allah SWT: 


لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
(Al-Mumtahanah: 8)


Ulasan Ust Zaharuddin mengenai persoalan ini patut dibaca dan direnungkan. Klik di sini.





0 comments:

Post a Comment