Pages

Monday, 17 January 2011

Siapakah Sahabat

Takrifan terbaik mengenai siapakah sahabat nabi adalah sebagaimana yang diberikan oleh Al-Hafiz Iraqi:




الصحابيُّ مَنْ لقيَ النبيَّ صلى الله عليه وسلم مسلماً ثمَّ ماتَ على الإسلامِ

" Sahabat ialah mereka yang telah berjumpa dengan nabi SAW dan beriman dengannya kemudian mati sebagai orang Islam."

Ini bermakna, siapa yang bertemu dengan nabi SAW dalam keadaan kafir dan tidak beriman dengannya semasa hayat nabi tetapi beriman setelah nabi wafat, dia bukanlah sahabat nabi seperti seorang utusan Kaisar Rom yang datang bertemu nabi. 

Maka demikian juga bagi mereka yang melihat baginda sesudah wafatnya tetapi sebelum dikebumikannya lalu masuk Islam, dia bukanlah sahabat sebagaimana yang berlaku kepada seorang yang bernama Abu Zuaib Khuwailid bin Khalid Al-Hazli

Demikian pula siapa yang bertemu nabi dan masuk Islam tetapi murtad selepas wafatnya nabi SAW, bukanlah sahabat baginda seperti Ibn Khatl



0 comments:

Post a Comment