Pages

Friday 6 August 2010

PEREMPUAN BERHAID QADHA PUASA TIDAK BAGI SOLAT

Diriwayatkan dalam saheh Muslim bahawa Aishah r.a telah berkata :



كان يُصيبنا ذلك - أي الحيض - فنؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة


"Kami boleh mengalami hal yang demikian ( Haid), kami diperintahkan untuk mengkadhakan puasa dan tidak diperintahkan mengqadhakan solat".

Qadha puasa yang ditinggalkan itu berdasarkan bilangan hari yang ditinggalkan. Jika sebulan Ramadhan ditinggalkan, maka sebulanlah dia perlu mengqadhakannya. Maka, lihatlah berapa jumlah hari dalam sebulan Ramadhan itu. Sama ada 30 hari atau 29 hari. Tidak semestinya diqadhakan secara berturut-turut. Tetapi, berturut-turut itu adalah sunat. Jika sesudah Ramadhan, dia sakit maka tunggulah sehingga dia sembuh. Jika dia tidak sembuh juga dan mati dengan sakit itu, tidak ada tanggunga atasnya. Namun, jika dia sengaja melengah-lengahkan waktu dia sihat sehingga tiba-tiba dia sakit dan mati dengan sebab sakit itu, walinya hendaklah mengqadhakan puasa untuknya. 

Sabda Rasulullah SAW:


  من مات وعليه صيام ، صام عنه وليه


"Siapa yang mati sedangkan dia mempunyai puasa (yang belum diqadhakan), maka walinya hendaklah mengqadhakan untuknya".

(Hadis muttafaq alaih)

Sumber: Islamweb

0 comments:

Post a Comment