Sungguhpun berpuasa itu adalah satu kewajipan dan meninggalkannya dengan sengaja adalah dikira berdosa besar, terdapat beberapa situasi yang membenarkan puasa ditinggalkan atau berbuka sebelum waktunya. Ia adalah sebagai memenuhi konsep 'mengangkat kesulitan' sepertimana yang ditegaskan dalam banyak ayat Al-Quran. Berikut adalah situasi yang membolehkan berbuka puasa:-
1. Sakit
2. Uzur kerana tua
3. Mengandung / menyusukan anak
4. Musafir
5. Terdapat kemudharatan yang menuntut berbuka seperti menyelamatkan orang lemas, memadamkan api kebakaran dan sebagainya yang memerlukan buka puasa untuk menjalankan tugas.
0 comments:
Post a Comment