Kaedah umum ialah asal pada segala sesuatu adalah harus. Keharusan itu akan menjadi haram kalau ada dalil yang mengharamkannya. Ia akan menjadi makruh kalau ada dalil yang memakruhkannya. Jika tiada sebarang dalil yang menentukan hukum untuknya, maka kekal ia sebagai harus. Prinsip ini adalah digunapakai dalam semua persoalan hukum yang melibatkan fekah dan tidak bagi soal-soal ibadat.
Pengharaman emas dan dan sutera bagi lelaki Islam tidak ada dalam Quran tetapi ada dalam hadis. Apa yang diharamkan dalam hadis, maka ia adalah pengharaman yang datang daripada Allah juga.
Sabda Rasulullah SAW:
حرم لباس الحرير والذهب على ذكور أمتي وأحل لإناثهم
Diharamkan pakaian sutera dan emas ke atas lelaki kalangan umatku dan dihalalkan bagi wanita mereka".
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Berkata Imam Nawawi, pengharaman cincin emas ke atas lelaki adalah diijmak di kalangan ulama.
Bagi gelas-gelas yang menjadi bekas minuman atau pinggan mangkuk yang menjadi bekas makanan, bahan daripada emas dan perak adalah diharamkan. Pengharaman ini bukan tertentu bagi lelaki sahaja tetapi juga kepada perempuan berdasarkan umum nas.
Daripada Huzaifah R.A bahawa Rasulullah SAW melarang daripada minum dalam bekas daripada emas dan .
perak, dan juga makan di dalamnya, dilarang juga memakai sutera dan dibaj serta duduk atasnya",
( Hadis Riwayat Bukhari)
Rujuk: Islamweb 1, Islamweb 2 ,
Islamlight.net, Fatwa Nur 'Ala Darbi , Ibn Taimiyyah.net
0 comments:
Post a Comment