Pages

Monday 23 March 2020

KHALIFAH YAZID BIN ABD MALIK

 Namanya Yazid bin Abd Malik bin Marwan bin Al-Hakam. Lahir pada tahun 71H. Ibunya adalah Atikah binti Yazid bin Muawiyah. Beliau menjadi khalifah menggantikan Umar bin Abd Aziz kerana  telah ditentukan sebagai  putra mahkota oleh khalifah Sulaiman bin Abd Malik yang memerintah sebelum Umar bin Abd Aziz..

Ibn Al-Majisyun menyebuit: Ketika wafatnya Umar Abd Aziz berkatalah Yazid bin Abd Malik: Demi Allah, bukan Umar Abd Aziz sahaja yang berhajat kepada Allah, aku pun sama. Maka dia menurut cara Umar Abd Aziz selama 40 hari kemudian selepas itu dia pun mengubah cara pemerintahannya.

Al-Mas'udi dalam kitabnya Murawwiju Az-Zahab (ms 210 menyebutkan mengenai Khalifah Yazid bin Abd Malik, iaitu khalifah sesudah Umar bin Abd Aziz):

كان أبو حمزة الخارجي إذا ذكَرَ بني مروان وعابهم ذكر يزيد بن عبد الملك فقال: أقعد حَبَابة عن يمينه وسَلاَّمة عن يساره، ثم قال: أريد أن أطير، فطار إلى لعنة اللّه وأليم عذابه


"Adalah Abu Hamzah Al-Khariji, apabila disebutkan mengenai Bani Marwan dan keelaannya, dia akan sebutkan mengenai Yazid bin Abd Malik, lalu katany: Dia (yazid) mendudukkan Hababah di kanannya dan Sallamah di kirinya, kemudia dia pun berkata: Aku ingin terbang.

Maka terbanglah dia kepada laknat Allah dan azabNya yang pedih!
Sebutan mengenai Yazid tidak berapa elok. Dia mengubah dasar yang telah ditetapkan semasa pemerintahan Umar bin Abd Aziz. Dia cuma bertahan selama 40 hari dengan dasar Umar bin Abd Aziz setelah dia menjabat jabatan khalifah.  
Beliau juga disebut kalangan ahli sejarah sebagai seorang yang fasiq, penumpah darah, pemabuk dan kaki perempuan. Kerana gara-gara hamba kegilaannya mati, dia sakit dan mati kerana itu.  Hambanya itu bernama Hababah dan Salamah. Bila Hababah mati dia sakit dan dia mati kerana itu. Belum tersurat ada khaluifah mati kerana sakit rindukan hambanya.

Yazid bin Abd Malik mati pada akhir bulan Sya'ban tahun105H.

0 comments:

Post a Comment