Pages

Friday 4 September 2009

NISAB ZAKAT TERNAKAN

Jumhur ulama mensyaratkan 3 perkara ke atas ternakan yang diwajibkan zakat iaitu:
  1. Cukup Nisab
  2. Cukup haul
  3. Ternakan meragut rumput di padang ternak

Imam Malik tidak mesyaratkan ternakan meragut di padang rumput. Sekiranya ternakan tersebut tidak meragut di padang ternak sekalipun, seperti dipelihara dalam kandang, makatidaklah wajib zakat.

Menurut Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar, Syeikh Atiyah Saqar, nisab bagi unta ialah 5 ekor. bagi 5 ekor unta, zakatnya ialah seekor kambing. Setia bertambah 5 ekor, zakatnya ialah seekor kambing. Sehinggalah jumlahnya 25 ekor. Jika sudah 25 ekor, wajib zakat seekor unta betina berusia setahun( بنت مخاض) hendak masuk 2 tahun. Atau unta jantan berumur 2 tahun hendak masuk tiga tahun (ابن لبون ).

Lanjutkan bacaan di Islam Online.

0 comments:

Post a Comment